Usahawan Raya
Friday, September 18, 2009 1:37Hari Raya sudah semakin hampir dan ramai daripada rakan-rakan seangkatan telah pulang ke kampung halaman masing-masing.Saya juga akan pulang ke rumah tetapi sebelum bercuti saya sempat mencari informasi-informasi berkaitan usahawan.Tajuk artikel kali ini berkaitan dengan raya tetapi masih fokus kepada usahawan.Apabila menjelang pertengahan bulan puasa malah seawal puasa mula muncul golongan usahawan yang kembali aktif setelah menghilangkan diri dalam tempoh yang lama.Usahawan ini adalah tergolong dalam usahawan bermusim dan aktiviti perniagaan menjurus ke arah persiapan raya antaranya usahawan lemang dan rendang,kerepek dan kuih raya,tukang jahit, dan usahawan mercun (salah disisi udang-undang).Kehadiran mereka ini sebenarnya amat ditunggu-tunggu oleh pelanggan kerana penawaran barang dan perkhidmatan tersebut memenuhi keperluan dan kehendak mereka .Usahawan raya ini mampu mencatat hasil pulangan yang tinggi walaupun mereka bukan usahawan sepenuh masa namun ia bukanla semudah yang disangka.Usahawan lemang contohnya telah mula membuat persiapan awal seperti mencari buluh,pemilihan tempat dan peralatan memasak sebelum memulakan perniagaan.Mereka juga sebenarnya juga memiliki pengalaman dalam perniagaan yang dijalankan walaupun muncul setahun atau 2 tahun sekali.Malah ada juga diantara mereka ini telah mempunyai pelanggan tetap setiap tahun kerana kualiti barang dan perkhidmatan yang dibekalkan.Kesimpulannya sekiranya minda usahawan telah ada dalam diri lewat@lambat untuk bermula bukanlah persolan penting tetapi permulaan untuk memulakan langkah yang menjadi keutamaan.
p/s:Terapkan Minda Usahawan dalam diri agar langkah pertama boleh diambil secepat mungkin.salam usahawan.
Selamat Hari Raya dan maaf zahir batin.



