Usahawan dan Peniaga
Tuesday, September 1, 2009 0:51Apa perkara pertama yang terlintas difikiran anda apabila membaca tajuk artikel diatas.?Tiada perbezaan?Inilah yang menjadi persoalan saya ketika diajukan soalan yang sama mengenai tajuk tersebut.Saya mengetahui mengenai perbezaannya apabila menghadiri satu ceramah keusahawanan sempena Konvensyen dan Karnival Keusahawanan IPT.Usahawan dan peniaga kedua-duanya menjalankan aktiviti yang sama tetapi berbeza daripada segi konsepnya.Ini tafsiran penceramah tersebut
Peniaga menjual barang sedia ada kepada pengguna akhir manakala usahawan mencipta barang @menginovasikan barang sedia ada sebelum dijual kepada pengguna akhir.Anda nampak pebezaannya?Contoh mudah mengenai perbezaannya:
Azmi membeli bantal kekabu dari pemborong dan menjualnya semula kepada pelanggannya
Azli membeli bantal kekabu daripada pemborong dan menjahit sarung bantal pelbagai corak untuk dijual bersama bantal kekabu kepada pelanggannya.
Itulah perbezaanya walaupun nampak seakan sama tetapi konsepnya berbeza.Usahawan sentiasa berfikir untuk menambahbaik barang sedia ada dan mencipta barang baru supaya perniagaannya boleh berkembang maju.Inilah yang dikatakan minda usahawan.
p/s:Renung dan fikir-fikirkan sama ada ingin menjadi peniaga atau usahawan.Usahawan adalah seorang peniaga tetapi peniaga belum tentu seorang usahawan.




ermyza says:
February 1st, 2010 at 5:31 pm
boleh x saya nk dapatkan mengenai artikel peniaga-peniaga yang berjaya di Malaysia.. ini untukdijadikan rujukan n bahan assigment saya….time kasih
admin says:
February 2nd, 2010 at 6:20 pm
salam generasi usahawan
Saya masih kurang menulis artikel mengenai peniaga yang berjaya buat masa ini.Insyaallah di masa hadapan saya akan cuba menambahkan lagi input berkenaan kisah usahawan yang berjaya untuk pembaca blog ini.