Selamat Tahun Baru 2010
Friday, January 1, 2010 23:51
Salam Usahawan,
Selamat Tahun Baru kepada semua rakyat Malaysia terutama pengunjung Blog Generasi Usahawan.Pelbagai ragam dapat dilihat sekitar sambutan tahun baru yang diadakan di hampir seluruh negara.Percikan bunga api berwarna warni dan pelbagai bentuk sudah menjadi satu kebiasaan setiap kali sambutan tahun baru diadakan.Namun dalam masa yang sama satu fenomena istimewa juga telah berlaku dimana berlakunya Gerhana Bulan Separa.Keunikan fenomena itu menarik minat 1500 orang yang berkumpul di Masjid Negara awal pagi tadi.
Pastinya 2010 menuntut setiap dari kita untuk mengejar dan menggapai azam baru untuk tahun ini.Persoalannya bagaimana dengan azam 2009 sudahkah dipenuhi@digantikan pula dengan azam baru?Tahun berganti tahun begitu juga azam yang bertukar ganti tetapi sebenarnya yang lebih penting ialah sejauh mana usaha kita untuk mencapai azam yang telah ditetapkan.
Jadi saya telah menetapkan azam untuk menjadikan blog ini sebagai salah satu medium perkongsian maklumat dunia keusahawanan.Isyaallah saya akan muatkan artikel-artikel berkaitan usahawan,konsep perniagaan,institusi berkaitan usahawan dan beberapa informasi yang dapat memberikan manfaat kepada semua.
Saya juga akan meneruskan usaha untuk memberi ulasan buku terpilih sebuln 2 kali supaya lebih banyak buku lagi yang boleh kita kongsikan disini dan mungkin sedikit sebanyak dapat membakar semangat anda untuk berjaya.Inilah yang dapat saya sumbangkan dalam usaha memupuk semangat keusahawanan dalam diri saya dan generasi usahawan.



