Kursus Asas Keusahawanan Siswa

Saturday, November 14, 2009 7:30
Posted in category Usahawan

jom_jadi_usahawan_berjaya

salam Usahawan,

Apa khabar semua?Saya doakan semua yang singgah di blog ini sihat sentiasa.Hari ini saya akan menyertai satu kursus keusahawanan di bawah program Universiti  dengan kerjasama Institut Keusahawanan Negara(INSKEN) di Sungkai Perak.Bagi student anda mungkin pernah dengar @menyertai Kursus Asas Keusahawanan Siswa ini.Sebenarnya kursus ini telah lama diperkenalkan oleh INSKEN untuk menerapkan budaya keusahawanan dalam diri para siswazah.

Saya nak cerita lebih lanjut pun,rasa tak seronok ,sebab belum pernah ada pengalaman menyertainya sekadar tahu secara kasar jer.Jadi saya tidak akan lepaskan peluang ini.Kursus ini akan dijalankan selama seminggu bermula hari 14/11/09 sehingga 19/11/09.Sekembalinya saya dari kursus ini saya akan kongsikan dengan anda semua mengenai kursus ini dengan lebih lanjut.Nantikan laporan dari saya dan mungkin saya boleh update setiap hari di blog ini sekiranya ada masa lapang.Apa yang diberitahu kursus ini akan padat dengan aktiviti dari pagi hingga ke malam.Jadi mungkin agak sukar untuk mencari masa terluang.

Walaubagaimanapun saya akan cuba berkongsi dengan anda dengan sebaiknya sama ada setiap hari@selepas kembali dari kursus ini.Doakan kejayaan saya merangkul hadiah untuk Penyediaan Rancangan Perniagaan Terbaik.

P/s:Kursus ini merupakan syarat WAJIB untuk mendapatkan pembiayaan modal.Jadi untuk student ambil peluang sekiranya anda berkesempatan..

  • Share/Bookmark
You can leave a response, or trackback from your own site.

5 Responses to “Kursus Asas Keusahawanan Siswa”

  1. hazirah bt zaaimuddin says:

    November 30th, 2009 at 10:55 pm

    salam…saya berminat dalam perniagaan. saya nak tahu la bila kursus ni akan diadakan??

  2. hazirah bt zaaimuddin says:

    November 30th, 2009 at 10:57 pm

    kalau boleh sekiranya kurus ini diadakan silalah beritahu saya.

  3. admin says:

    December 16th, 2009 at 6:21 pm

    salam usahawan,

    maaf kerana lambat untuk respon pertanyaan saudari..kursus tersebut dianjurkan untuk student UKM sahaja.Setahu saya ada jug agensi yang menganjurkan kursus yang sama untuk orang ramai.Salah satunya adalah MARA.Saudari boleh merujuk ke laman web mara untuk maklumat lanjut..

  4. imabiz says:

    January 20th, 2010 at 8:27 am

    salam sejahtera… tahniah imabiz ucapkan kepada hairulbiz kerana minat kearah perniagaan.. imabiz ucapkan selamat maju jaya,,,

  5. WANIE says:

    February 11th, 2010 at 2:52 pm

    saya pon amat berminat untuk mengikuti kursus keusahawana….boleh saya tahu bile ia diadakan?

Leave a Reply