Ilmu Pengalaman
Tuesday, September 1, 2009 15:51Saya terfikir mengenai ilmu ketika membaca blog-blog perniagaan seperti Smartzul,Dr Irfan Khairi dan beberapa blog IM tempatan.Kesemua mereka mempunyai satu persamaan iaitu berkongsi pengalaman sepanjang menceburi bidang perniagaan.Bagi saya ini adalah ilmu pengalaman yang mana setiap individu mempunyai pengalaman yang berbeza antara satu sama lain dan ilmu ini tidak boleh dipelajari didalam buku-buku ilmiah kecuali sekiranya ilmu pengalaman ini dibukukan.Penulisan di blog juga merupakan medium untuk mengetahui ilmu pengalaman seseorang kerana ilmu akademik semata-mata tidak dapat membantu dalam kehidupan.Malah ilmu pengalaman ini lebih diakui hasilnya berbanding ilmu akademik.
Siapakah yang akan anda temui sekiranya anda mempunyai masalah pemasaran dalam perniagaan internet?
Smartzul seorang yang mempunyai pengalaman dalam bidang perniagaan internet atau saya yang mempunyai ijazah dalam bidang pemasaran?Jawapan anda..
Saya rasa sudah pasti smartzul menjadi pilihan anda bukan?Walaupun saya mempunyai ilmu akademik mengenai pemasaran tetapi keyakinan anda terhadap smartzul lebih tinggi kerana pengalamannya dalam pemasaran internet.Jadi adakah ilmu akademik ini tidak penting?Ilmu akademik dan ilmu pengalaman adalah saling berkait dan sama pentingnya kerana akademik dan pengalaman jika digabungkan akan lebih mendatangkan hasil yang lebih baik.



