Blog dan Usahawan
Saturday, September 12, 2009 3:26Perkembangan blog menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan hari demi hari disebabkan fungsinya yang pelbagai.Blog merupakan satu medium untuk individu atau pihak tertentu untuk berkongsi maklumat dengan orang lain.Secara umumnya blog ini boleh terbahagi kepada dua
a)Blog Personal
b)Blog perniagaan
Blog personal melibatkan perkongsian pendapat,pandangan dan juga pengalaman seseorang kepada umum.Tiada topik khusus dibincangkan dalam blog ini dan ia secara tidak langsung membina jaringan perhubungan diantara blogger-bloger sedia ada.
Blog perniagaan pula sudah semestinya blog yang melibatkan perniagaan sama ada penjualan produk atau perkongsian tips-tips berkaitan perniagaan dan bertujuan menghasilkan pendapatan.Ini secara ringkas jenis blog yang wujud sama ada berbahasa Malaysia atau berbahasa Inggeris.
Apa kaitannya blog dan usahawan?Kini semakin ramai usahawan menggunakan blog sebagai medium pemasaran produk sama ada berbentuk informasi atau produk fizikal.Penggunaan blog bagi usahawan pada zaman IT ini amat perlu bagi menghadapi persaingan agar tidak ketinggalan dan bergerak kehadapan seiring dengan perkembangan semasa.Jadi sekiranya anda masih belum mempunyai blog untuk perniagaan anda,bertindaklah sekarang untuk memastikan anda tidak ketinggalan dan bergerak selangkah kehadapan dalam bidang perniagaan dan keusahawanan.Tips usahawan kali ini bina blog untuk kembangkan perniagaan anda.
p/s:Pakej Kit Blogger sesuai untuk anda yang ingin memulakan langkah membina blog.Dapatkan panduan blog di ruangan kanan.



