Bicara Usahawan
Monday, July 5, 2010 12:37Salam usahawan,
Saya kembali menulis di blog ini dengan melakukan sedikit perubahan untuk tampil memberi sedikit kelainan berbanding sebelum ini.Oleh itu muncul lah post terbaru saya dengan tajuk blog yang baru dan theme yang berbeza iaitu Bicara Usahawan.Idea ini muncul secara spontan setelah pulang dari menjalani latihan industri(praktikal) di salah sebuah syarikat Pemasaran di utara tanah air.Pengalaman selama 2 bulan sedikit sebanyak meningkatkan kefahaman saya mengenai perniagaan melalui tugasan yang diberikan antaranya:
- Bertanggungjawab menguruskan persiapan dan urusan Ekspo
- Memberikan perkhidmatan selepas jualan kepada pelanggan syarikat dan mencari pelanggan baru (Mini Mesra PETRONAS) untuk produk jenama bumiputera
- Menjadi wakil syarikat dalam memberi penerangan mengenai Franchise OLALA yang merupakan Franchise perniagaan makanan (Prosperity Burger).
- Membantu proses-proses berkaitan urusan jabatan pentadbiran dan pemasaran
Alam belajar jauh berbeza dengan alam pekerjaan namun pengalaman yang ditimba sepanjang menjalani latihan industri(praktikal) di salah sebuah syarikat Trading & Marketing membuka minda dan corak pemikiran saya mengenai realiti kehidupan.Pengalaman terlibat dalam mempromosikan produk syarikat di Ekpo “Jenama 1 Malaysia Best” sebanyak 2 kali memberikan peluang untuk saya bertemu usahawan-usahawan bumiputera yang terlibat.

Kewujudan pelbagai produk keluaran bumiputera menimbulkan rasa bangga dalam hati kecil saya kerana usahawan-usahawan bumiputera kini telah mengorak langkah maju ke hadapan dan menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan.Namun begitu terdengar juga beberapa isu yang mungkin perlu diberi perhatian terutama mengenai sejauh mana Produk Bumiputera mampu bersaing dalam Pasaran tempatan mahupun global.
Saya sempat juga berbual dengan beberapa usahawan dan membincangkan isu tersebut dan masalah yang dibangkitkan adalah mengenai pemasaran produk.Itulah yang diakui oleh rata-rata usahawan kerana produk-produk bumiputera sukar untuk menembusi pasaran tempatan secara agresif walaupun telah lama berada dalam pasaran yang berskala kecil.Saya turut merasainya kerana pernah terlibat secara langsung dalam memasarkan produk bumiputera ketika diberikan tugas oleh syarikat.
Inilah yang masih membelenggu produk keluaran bumiputera dan pelancaran Jenama 1 Malaysia Best merupakan inisiatif yang baik dan wajar diteruskan dan usahawan juga harus bersama-sama berganding bahu untuk memastikan produk keluaran bumiputera mampu bersaing sama dengan produk lain.
Kita sebagai pengguna juga mempunyai peranan penting untuk membantu dan menyokong produk keluaran bumiputera kerana jika bukan kita yang menyokong siapa lagi yang akan membantu?Renung dan fikir-fikirkan..



