Belajar hingga selesai
Monday, September 7, 2009 17:11Saya tidak menulis di blog beberapa hari kebelakangan ini kerana sibuk dengan penganjuran program bagi persatuan saya di Universiti.Semalam berakhirla program tersebut dan tanggungjawab saya sebagai pengarah program.Apa yang yang ingin saya kongsikan ialah mengenai input daripada ceramah dalam program tersebut.Ini juga ada kaitan dengan Usahawan dan boleh dijadikan tip dalam menjadi seorang usahawan.Ramai daripada kita ingin menjadi seorang usahawan namun tidak mahu mempelajari ilmu keusahawanan sehingga selesai.Ini punca utama kegagalan seorang usahawan iaitu tidak menghabiskan sesuatu ilmu sehingga selesai tetapi mendalami pula ilmu lain.Akhirnya semua yang dibuat tidak berjaya.Bagi memastikan kita berjaya dalam perniagaan yang dilakukan,ilmu mengenai bidang tersebut mestilah dipelajari sehingga selesai dan seterusnya mengaplikasikannya.Sekiranya kita berjaya barula berubah kepada ilmu yang lain.Sebagai contoh, blog generasi usahawan ini berjaya dihasilkan setelah membaca dan memahami langkah-langkah yang terdapat dalam e-book Pakej Kit Blogger daripada smartzul.Jadi setelah blog ini selesai barulah saya berubah kepada ilmu yang lain iaitu Program Pay Per Lead(PPL) anjuran senior Usahawan internet Mohd Fazdlie a.k.a En Dlie dan Zamri Nanyan .Jadi tips usahawan hari ini ialah belajar sehingga selesai.
Salam Usahawan
p/s: Saya sedang mempraktikkan ilmu Program PPL dan berjaya mendapat 4 jualan walaupun baru bermula tidak sampai sehari.Jauh lagi perjalanan saya…Sekiranya anda berminat nak tau mengenai Program PPL klik disini dan e-book percuma ini akan memberikan anda panduan asas dan bagaimana melakukannya langkah demi langkah.Selamat mencuba.
