Ulasan Buku “Best Seller”:Menjejaki Jutawan Senyap

Saturday, November 7, 2009 4:43
Posted in category Ulasan Buku Terpilih

“SMenjejaki Jutawan Senyaperamai 30 orang yang menyimpan lebih RM10 juta setiap seorang di Tabung Haji dan dalam masa yang sama terdapat lebih 500 orang yang mempunyai deposit lebih RM1 juta setiap seorang”

Ini merupakan kenyataan Tabung Haji di dalam sebuah akhbar  tempatan di Malaysia pada awal Jun 2004.Kenyataan ini telah menimbulkan reaksi hangat oleh masyarakat setempat pada waktu itu.Apa yang menjadi perbualan mereka ialah siapakah gerangan individu yang mempunyai simpanan bernilai RM1 juta kerana bilangannya yang ramai?

Apa pula reaksi anda membaca kenyataan di atas?Inilah yang menjadi persoalan saya semasa membacanya di bab pertama buku ini.Keinginan untuk mengetahui siapa yang bergelar JUTAWAN ini membuatkan saya meneruskan  pembacaan saya sehingga tamat dalam masa sehari.

Pada kulit depan buku ini ada persoalan yang ditimbulkan oleh penulis buku ini yang berbunyi

Mereka tidak terbilang

Mereka tidak terpandang

Tetapi mereka jutawan

Siapakah mereka?

Penulis cuba berkongsi dengan pembaca mengenai mereka di dalam buku ini dengan menggunakan konsep “story telling” bagi menghuraikan siapakah JUTAWAN SENYAP yang disebut-sebutkan.Apa yang disampaikan oleh penulis adalah berdasarkan pengalaman beliau bekerja di Bank selama lebih 10 tahun dan berurusan dengan pelanggan yang bergelar Jutawan Senyap ini secara tidak langsung.Perkenalan dengan mereka akhirnya mengubah persepsi penulis dan beliau mengambil keputusan berhenti kerja dan memulakan langkah dengan apa yang ditemuinya.. Bagaimana anda berminat untuk mengetahui mengapakah penulis mengambil keputusan drastik meninggalkan kerjaya sebagai pegawai bank?Bacalah buku ini anda akan tahu jawapannya.

Saya kongsikan tajuk yang dikupas dalam setiap bab Buku Menjejaki Jutawan Senyap:

Bab 1:Siapakah Jutawan Senyap

Bab 2:Jangan Jadi Seorang Yang Melihat Tetapi Tidak Nampak

Bab 3:Melihat Secara Spesifik Bukan Secara Rambang

Bab 4:Perbetulkan Persepsi Anda Tentang Perniagaan

Bab 5:Faham Dan Hayati Falsafah Perniagaan Yang Betul

Bab 6:Jangan Malu Kerana Perasaan Malu Adalah Fitrah Bagi Setiap Orang

Bab 7:Kisah Jutawan Senyap Dari Kalangan Ibu Tunggal

Bab 8:Kisah Jutawan Senyap Dari Kalangan Pendatang

Bab 9:Kisah Jutawan Senyap Dari Kalangan Belia

Bab 10:Kisah Jutawan Senyap Dari Kalangan Pelajar Tercicir,Yang Dibenci Guru Dan Kawan-Kawan

Bab 11:Sindrom Cendawan,Puyuh Dan Arnab

Bab 12:Rumusan-Bagaimana Membesarkan Jiwa Yang Kecil

Buku ini ditulis bersandarkan nilai-nilai tempatan dengan bahasa yang mudah dan contoh tauladan yang hampir dengan kita tanpa melibatkan teori yang terlalu ilmiah.Apabila membaca buku ini terasa seolah-olah buku ini ditujukan kepada saya kerana situasi yang digunakan biasa saya dan anda sendiri pernah alaminya.Jadi buku ini sesuai untuk sesiapa sahaja walaupun tidak berminat menjadi usahawan kerana ia sedikit sebanyak membuka minda kita untuk melihat sesuatu dari pelbagai sudut.

Profile Ringkas Buku Ini:

Tajuk:Menjejaki Jutawan Senyap (Paperback)

Genre:Bisnes dan Pengurusan

Pengarang: -Datuk Dr. Hj Rusly Abdollah (Chef Li)

Harga:RM17

Muka Surat:304

Kertas:Quality Newsprint

Cetakan Asal Edisi Pertama:2004

Cetakan Pertama Edisi Baru:2005

P/s:Sekiranya anda ada persoalan dan komen mengetahu buku ini janganlah segan untuk berbuat demikian dan andai ada berminat untuk mendapatkan buku ini,boleh terus ke bena kedai buku online di sebelah kanan blog ini.Salam usahawan dan selamat membaca

Related Posts with Thumbnails
  • Share/Bookmark
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply