Review Buku:Nota Jutawan,Nota Motivasi
Wednesday, February 3, 2010 19:37Salam Usahawan,
Kali ini saya ingin kongsikan input yang terdapat dalam sebuah buku yang ditulis oleh seorang ikon dalam industri perniagaan internet iaitu Dr. Irfan Khairi.Beliau merupakan sorang graduan dari salah sebuat IPT di UK dan pernah berkhidmat sebagai pereka sistem multimedia dan perunding internet di luar negara.Pengalaman dan ilmu yang ada dalam dirinya dipraktikkan dengan memulakan perniagaan internet pada tahun 1999 dan dalam masa 3 tahun beliau berusaha akhirnya keuntungan yang diperolehi adalah bernilai RM1 juta dengan bermodalkan Rm500 ketika berusia 25 tahun.Beliau juga aktif menulis pelbagai jenis buku bercorak motivasi dan peniagaan yang sentiasa laris di pasaran dan salah satu bukunya ialah NOTA JUTAWAN,NOTA MOTIVASI.

“Menjadi JUTAWAN bukan MUSTAHIL! Satu langkah mudah boleh merubah MASA HADAPAN ANDA”
Itulah kata-kata yang tertulis di muka hadapan buku Nota Jutawan,Nota Motivasi.Ketika menyelak sekali imbas buku ini buat kali pertama saya berasa seolah-olah sedang membaca buku nota yang penuh dengan ilustrasi yang menarik dan membuatkan saya ingin terus membaca.Inilah yang membuatkan buku ini berbeza dengan buku yang lain.
Cara penulisan yang santai dan ringkas tetapi penuh dengan kata-kata motivasi menjadi buku ini tidak dijemu dibaca dan mudah untuk mengingati apa yang disampaikan.Buku ini tidak menekan konsep penceritaan seperti buku motivasi lain yang pernah saya baca tetapi hanya merungkaikan dengan ringkas persoalan berkaitan diri yang mampu untuk memotivasikan pembaca.Penggunaan ilustrasi seperti gambar dan dialog secara tidak langsung memudahkan pemahaman dan pembaca juga mendapat gambaran jelas apa yang ingin disampaikan oleh penulis.
Antaranya nota motivasi yang terdapat dalam buku ini Tulis..Jangan Tak Tulis yang berkisar mengenai matlamat dimana kajian membuktikan hanya 2% daripada golongan dewasa menulis matlamat mereka.Malas..Musuh #1 pula memberikan anda tips untuk mencegah kemalasan.Malas sebenarnya disebabkan anda berada dalam zon selesa”comfort zone” jadi ketahui bagaimana untuk keluar dari zon selesa anda.Rancang Hari Anda pada Malam Sebelumnya ialah salah satu tips yang saya gunakan sekarang ini.Rasailah perubahan selepas anda mencuba tips motivasi yang irfan khairi sampaikan ini.
Melihat isi kandungan buku ini sudah cukup untuk melihat berapa banyaknya tips motivasi yang disampaikan oleh penulis.Anda boleh membaca buku ini bermula dari halaman belakang ataupun bermula dari tengah kerana penulisan berbentuk nota ini sesuai dibaca dimana-mana bahagian atau tajuk yang anda inginkan.Buku ini sesuai dibaca pada bila-bila masa malah untuk menghabiskan satu tips tidak sampai 3 minit.Jadi saya sarankan anda bawa buku ini kemana sahaja untuk merangsang motivasi anda.
Profile Ringkas
Tajuk:Nota Jutawan,Nota Motivasi
Pengarang: Irfan Khairi
Harga:RM39.90
Muka Surat:132
Penerbit:Telaga Biru
Cetakan Asal Edisi Pertama:2008
P/s:Untuk makluman anda Telaga Biru melalui anak syarikatnya Stormreader network telah melancarkan satu perniagaan baru berbentuk MLM.Produk-produknya adalah buku terbitan Telaga Biru dan juga VCd dan DVD yang kebanyakkan terdiri daripada penulis-penulis buku terkenal dan terlaris.



