Rangkaian Usahawan
Saturday, October 17, 2009 8:34Salam usahawan,
Minggu ini adalah minggu terakhir kuliah di Universiti dan minggu terakhir untuk mengantar semua tugasan yang diberikan.Jadi tidak hairanlah kalau ada dari rakan anda,adik beradik, atau sesiapa sahaja yang menuntut di universiti dalam mood busy.Topik usahawan masih lagi pokok perbincangan di blog generasi usahawan ini.Rangkaian usahawan terutama bumiputera melayu amat penting bagi mewujudkan satu komuniti yang dapat membantu antara satu sama lain dalam bidang perniagaan.Ini secara tidak langsung juga dapat mewujudkan persaingan yang sihat dalam perniagaan dan memupuk semangat keusahawanan.Baru-baru ini,saya membantu rakan saya menyiapkan tempahan 15000 cucuk sate di cheras.Ayah rakan saya itu menerima tempahan sate untuk majlis rumah terbuka dan oleh sebab terlalu banyak tempahan rakan saya dipanggil balik untuk membantu.Saya turut membantunya secara tidak langsung kerana kami mempunyai temujanji dengan orang penting pada keesokkan harinya.Sebenarnya jumlah sebenar tempahan adalah 25000 cucuk tetapi ayahnya telah membahagikan selebihnya kepada rakannya untuk membantu.Inilah yang dikatakan rangkaian usahawan dimana apabila suatu peluang yang besar dikongsikan bersama usahawan lain.Kata rakan saya,sebagai usahawan kita kena jaga nama baik dan perlu ada ‘link’ dengan usahawan lain.Ini kerana kadangkala kita tidak mampu memenuhi kehendak pelanggan, oleh itu usahawan dalam bidang yang sama dapat membantu supaya permintaan pelanggan dipenuhi.Nama baik dapat dijaga,rakan dapat ,untung pun dapat.Jadi pada pendapat saya,rangkaian usahawan ini wajar diwujudkan sesama usahawan bagi sama-sama berjaya dalam bidang perniagaan.Seperti pepatah melayu “berat sama dipikul,ringan sama dijinjing“.



