Perniagaan Konvensional
Wednesday, September 2, 2009 16:59Minggu ini sudah masuk minggu kedua saya menulis di blog ini.Saya masih lagi terus membut pemerhatian mengenai dunia keusahawanan dan sedikit sebanyak memberikan saya idea untuk menulis.Sepanjang pemerhatian saya di forum dan juga search di google mengenai keusahawanan,rata-ratanya berkenaan perniagaan internet.Perniagaan internet semakin mendapat sambutan dan perhatian ramai berbanding perniagaan konvensional.Apakah perniagaan konvensional?Perniagaan konvensional adalah perniagaan yang melibatkan urusniaga secara bersemuka dengan pengguna.Perniagaan jenis ini memerlukan tempat operasi bagi menjalankan urusniaga antaranya kedai,pasar malam dan juga Ekspo.Perniagaan konvensional memerlukan komitmen yang tinggi kerana kebiasaannya tempoh masa perniagaan lebih lama bergantung pada pemilik perniagaan.
Contohnya pemilik perniagaan perlu membuka kedai seawal jam 8a.m sehingga 10.00p.m dan kadangkala berlarutan sehingga tengah malam bergantung kepada jenis peniagaan yang dijalankan.Kerja dalam bidang ini amat meletihkan kerana usahawan menggunakan tenaga fizikal dan mental dalam menguruskan perniagaan.Usahawan juga terpaksa menanggung kos operasi yang tinggi termasuklah gaji,sewa, dan kenderaan.Risiko perniagaan konvensional agak tinggi kerana kebiasaannya kos memulakan perniagaan sekitar RM4000 ke atas dan bergantung kepada jenis yang dipilih.Ini adalah latar belakang perniagaan konvensional dan apabila membaca artikel ini pastinya ramai yang akan berfikir panjang sebelum memilih perniagaan ini tetapi jangan terkejut jika saya katakan peniagaan ini mempunyai potensi pasaran yang luas dan keuntungan yang lumayan.
Kenapa saya katakan mempunyai pasaran yang luas?Ini kerana perniagaan ini boleh berkembang dari satu cawangan kepada beberapa cawangan.Ini secara tidak langsung akan mengurangkan kos operasi dan keuntungan akan meningkat.Contohnya saya mempunyai perniagaan makanan dan saya berniaga di pasar malam dengan dibantu oleh 3 pekerja.Keuntungan bersih saya sehari menjangkau RM200 dan dalam sebulan saya berniaga 25hari maka keuntungan saya Rm5000 sebulan.Itu hanya satu cawangan,katakan saya mempunyai 3 cawangan dengan keuntungan bersih yang sama.Berapakah keuntungan saya dalam sebulan?Lumayan bukan?Keuntungan saya mencecah puluhan ribu sebulan dan ini adalah realiti perniagaan konvensional apabila anda membuka cawangan.Kebanyakkan mereka yang berada dalam perniagaan konvensional ini bergelar jutawan senyap,ini pernah diceritakan oleh Dr Rusly didalam bukunya Menjejaki Jutawan Senyap.
Ini berdasarkan pengalaman saya bersama usahawan konvensional dan saya meminati perniagaan jenis ini kerana ia sebati dengan saya dan saya juga bercita-cita untuk membuka cawangan baru dimasa hadapan.Namun begitu untuk mencapai tahap tersebut anda perlulah membuat persediaan dari segi fizikal dan mental.Apapun minda usahawan adalah penting kerana jika tiada minda sebagai seorang usahawan perniagaan tidak akan berkembang.
p/s:Buku Menjejaki Jutawan Senyap perlu di baca oleh setiap individu yang ingin memilih perniagaan konvensional.Ini pendapat saya secara peribadi kerana ia dapat membantu anda.



