Perniagaan Internet
Thursday, November 12, 2009 8:09
Salam Usahawan,
Kali ini saya nak cerita mengenai Perniagaan Internet..Artikel ini khas untuk anda yang mungkin dah biasa dengar cuma tidak jelas atau ragu-ragu mengenai perniagaan internet.Sebenarnya perniagaan internet ini tidak jauh bezanya dengan perniagaan konvensional cuma medium@cara yang digunakannya sedikit berbeza iaitu menggunakan internet.
Inilah revolusi perniagaan selaras dengan perkembangan dunia yang serba canggih.Secara umumnya perniagaan internet dibahagikan kepada
a)Perniagaan Produk
b)Perniagaan Perkhidmatan
c)Program Pengiklanan dan Affiliate
Perniagaan Produk
Perniagaan bentuk ini melibatkan pernjualan barang-barang sama ada fizikal atau elektronik antaranya minyak wangi,tudung,beg,kasut,e-book,assesori wanita dan sebagainya.Penjualan barang ini boleh dilakukan sama ada di laman web seperti ebay,lelong dan Mudah.my.Ada juga yang lebih kreatif iaitu dengan mewujudkan laman web sendiri untuk menjual produk keluaran mereka.Semua urusan dijalankan secara online dari order hinggalah kepada pembayaran.Transaksi ini lebih mudah berbanding jenis konvensional kerana semua urusan hanya didepan komputer malah kos untuk menjalankan perniagan ini lebih murah dan prospek anda adalah global.Inilah yang dikatakan dunia tanpa sempadan.
Perniagaan Perkhidmatan
Anda pandai membuat design grafik yang cantik dan menarik?Anda boleh menggunakan kepakaran anda itu dengan memberikan perkhidmatan anda di internet.Bagaimana caranya?Anda hanya perlu membuat promosi perkhidmatan yang anda ditawarkan di blog anda @ di forum-forum seperti wang cyber dan kelab malaysia.com.Pelanggan yang berminat untuk menggunakan perkhimatan anda boleh terus menghubungi anda dan bayaran terpulanglah kepada anda untuk menentukannya.Anda boleh menawarkan apa jua perkhidmatan yang mempunyai permintaan tinggi tetapi janganlah pula memberikan perkhidmatan yang dilarang seperti perkhidmatan seks.Jadi gunalah internet sebagai medium untuk mengembangkan perniagaan anda kerana ia lebih relevan dan sesuai dengan zaman kini yang menuntut pembaharuan dan terkini.
Ada lagi cara untuk menjana pendapatan melalui internet?Sudah pasti ada.Cara lain yang boleh anda lakukan ialah melalui Program Pengiklanan dan Affiliate.Ini merupakan cara paling popular dalam menjana pendapatan malah ada juga yang memperoleh pendapatan beribu ringgit sebulan dengan cara ini tetapi ada juga yang kerugian beribu ringgit disebabkan cara ini.Cara ini juga merupakan cara paling mudah diantara perniagaan internet yang ada.
Program Pengiklanan dan Affiliate
Cara ini adalah satu bentuk program yang direka khas oleh pengendali program untuk memberi peluang kepada orang lain untuk menjana pendapatan dan secara tidak langsung membantu penganjur program itu sendiri.Konsep yang digunakan adalah “win win situation” dimana anda membantu penganjur dan memperoleh ganjaran.Antaranya google adsense,nufnang,afiliate,text-links-ads dan pelbagai lagi.Apa yang menarik ialah anda boleh menjana pendapatan melalui cara ini tanpa mengeluarkan sebarang modal dan sekiranya ada ia hanya melibatkan kos yang rendah.Inilah salah satu sebab program ini menjadi pilihan ramai dan semakin hari semakin ramai yang melibatkan diri.
Itulah serba ringkas peniagaan internet yang boleh dijalankan dan anda boleh memilih yang mana bersesuaian dengan anda.Apa yang penting adalah pilih satu sahaja bidang untuk memastikan anda sentiasa fokus dengan bidang yang dipilih.




cikgudee says:
November 26th, 2009 at 12:48 am
Saya berminat dengan program pengiklanan dan affiliate, tapi kurang jelas atau mahir. Bagaimana cara atau step A – Z ?