Duit Raya RM15000

Monday, September 28, 2009 12:46
Posted in category Perniagaan

Salam usahawan,

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada semua yang beragama islam.Umat islam masih lagi berada dalam mood raya dan ade juga yang sudah mula berpuasa sunat enam hari seperti yang diajarkan oleh Nabi s.a.w.Sebelum bercuti saya ada menulis mengenai usahawan raya mengenai individu dan sekumpulan orang yang menjana pendapatan ketika orang lain sibuk dengan persiapan raya.Baru-baru ini saya bertemu rakan baik saya dan sempat berbual mengenai sambutan hari raya pada tahun ini.Kawan saya ini berasal dari keluarga usahawan juga dan banyak juga berkongsi pendapat dan pandangan mengenai usahawan.Salah satu cerita menarik ialah usahawan kuih raya menjana pendapatan Rm15000 dalam tempoh tak sampai sebulan.Kejayaan saudaranya menjana pendapatan yang lumayan itu membuktikan bidang perniagaan ini merupakan bidang berpotensi besar dan mempunyai masa depan yang cerah.Mesti ramai yang berfikir bagaimana dengan jual kuih raya sahaja mampu menjana untung yang lumayan dalam masa singkat?

Cuba lihat kiraan mudah ini:

Satu balang Kuih raya=RM20

untung bersih=RM5 sebalang

30000 balang=rm5 x 30000

=Rm15oooo

Sekiranya 30,000 balang berjaya dijual dalam masa sebulan maka tidak mustahil untuk menjana pendapatan setinggi itu.Sebenarnya mungkin agak mustahil menjual 30,000 balang jika dilihat secara kasar tetapi cuba kita lihat dengan perspektif yang berbeza.

1bulan@20 hari =30 k

sehari@10jenis=150o balang

1 kuih=150 balang

Sekiranya anda menjual 150 balang bagi setiap 10 jenis kuih dalam sehari anda pasti dapat menjana pendapatan Rm15k sebulan.Anda perlulah memasang strategi yang betul dan berkesan bagi berjaya membuat jualan yang diharapkan.Antara startegi yang boleh dibuat

1)Pasarkan di beberapa lokasi yang berpotensi

2)Kurangkankan harga kos maka keuntungan anda meningkat

3)Pastikan kuih anda berkualiti dan sememangnya sedap (penting utk jangka masa panjang)

4)Pelbagaikan aneka pilihan dan jenis kuih yang sering mendapat permintaan(buat survey dahulu)

5)Penetapan harga juga penting(kuih sedap,harga murah pastinya lebih mudah dijual)

6)Bermula dari kecil.Jangan tamak dan terus menjual dalam kuantiti yang banyak pada permulaan.

Kesimpulannya sebelum menceburi apa jua perniagaan tanamkan minda usahawan dalam diri agar anda dapat terus dan tetap tekun dan sabar menghadapi dugaan dunia perniagaan.

p/s:Bercadang juga nak jual kuih tahun depan..insyaallah.

  • Share/Bookmark

Usahawan Raya

Friday, September 18, 2009 1:37
Posted in category Usahawan

Hari Raya sudah semakin hampir dan ramai daripada rakan-rakan seangkatan telah pulang ke kampung halaman masing-masing.Saya juga akan pulang ke rumah tetapi sebelum bercuti saya sempat mencari informasi-informasi berkaitan usahawan.Tajuk artikel kali ini berkaitan dengan raya tetapi masih fokus kepada usahawan.Apabila menjelang pertengahan bulan puasa malah seawal puasa mula muncul golongan usahawan yang kembali aktif  setelah menghilangkan diri dalam tempoh yang lama.Usahawan ini adalah tergolong dalam usahawan bermusim dan aktiviti perniagaan menjurus ke arah persiapan raya antaranya usahawan lemang dan rendang,kerepek dan kuih raya,tukang jahit, dan usahawan mercun (salah disisi udang-undang).Kehadiran mereka ini sebenarnya amat ditunggu-tunggu oleh pelanggan kerana penawaran barang dan perkhidmatan tersebut memenuhi keperluan dan kehendak mereka .Usahawan raya ini mampu mencatat hasil pulangan yang tinggi walaupun mereka bukan usahawan sepenuh masa namun ia bukanla semudah yang disangka.Usahawan lemang contohnya telah mula membuat persiapan awal seperti mencari buluh,pemilihan tempat dan peralatan memasak sebelum memulakan perniagaan.Mereka juga sebenarnya juga memiliki pengalaman dalam perniagaan yang dijalankan walaupun muncul setahun atau 2 tahun sekali.Malah ada juga diantara mereka ini telah mempunyai pelanggan tetap setiap tahun kerana kualiti barang dan perkhidmatan yang dibekalkan.Kesimpulannya sekiranya minda usahawan telah ada dalam diri lewat@lambat untuk bermula bukanlah persolan penting tetapi permulaan untuk memulakan langkah yang menjadi keutamaan.

p/s:Terapkan Minda Usahawan dalam diri agar langkah pertama boleh diambil secepat mungkin.salam usahawan.

Selamat Hari Raya dan maaf zahir batin.

  • Share/Bookmark

Blog dan Usahawan

Saturday, September 12, 2009 3:26
Posted in category Usahawan

Perkembangan blog menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan hari demi hari disebabkan fungsinya yang pelbagai.Blog merupakan satu medium untuk individu atau pihak tertentu untuk berkongsi maklumat dengan orang lain.Secara umumnya blog ini boleh terbahagi kepada dua
a)Blog Personal
b)Blog perniagaan

Blog personal melibatkan perkongsian pendapat,pandangan dan juga pengalaman seseorang kepada umum.Tiada topik khusus dibincangkan dalam blog ini dan ia secara tidak langsung membina jaringan perhubungan diantara blogger-bloger sedia ada.

Blog perniagaan pula sudah semestinya blog yang melibatkan perniagaan sama ada penjualan produk atau perkongsian tips-tips berkaitan perniagaan dan bertujuan menghasilkan pendapatan.Ini secara ringkas jenis blog yang wujud sama ada berbahasa Malaysia atau berbahasa Inggeris.

Apa kaitannya blog dan usahawan?Kini semakin ramai usahawan menggunakan blog sebagai medium pemasaran produk sama ada berbentuk informasi atau produk fizikal.Penggunaan blog bagi usahawan pada zaman IT ini amat perlu bagi menghadapi persaingan agar tidak ketinggalan dan bergerak kehadapan seiring dengan perkembangan semasa.Jadi sekiranya anda masih belum mempunyai blog untuk perniagaan anda,bertindaklah sekarang untuk memastikan anda tidak ketinggalan dan bergerak selangkah kehadapan dalam bidang perniagaan dan keusahawanan.Tips usahawan kali ini bina blog untuk kembangkan perniagaan anda.

p/s:Pakej Kit Blogger sesuai untuk anda yang ingin memulakan langkah membina blog.Dapatkan panduan blog di ruangan kanan.

  • Share/Bookmark

Program Pay Per Lead

Tuesday, September 8, 2009 23:12
Posted in category Perniagaan

Saya ingin berkongsi maklumat dan panduan ini dengan anda semua agar kita sama-sama boleh berjaya.Baru-baru ini satu panduan buat duit melalui Program PPL telah dilancarkan oleh saudara Mohd Fadzli a.k.a En.Dlie.Panduan yang diberikan secara percuma ini memberikan penerangan dengan cara yang mudah difahami mengenai program PPL.Secara ringkasnya,Program Pay Per Lead(PPL) ini merupakan salah satu cara untuk menjana pendapatan melalui internet tanpa modal.Mungkin masih ramai lagi yang tidak mengetahui dan mempercayai program ini kerana beranggapan ianya salah satu penipuan internet.Jadi dengan adanya panduan asas ini dapatlah membantu anda memahami bagaimana program ini berfungsi dan apakah tujuan sebenar program PPL ini.Klik sini untuk mendapatkan maklumat lanjut program PPL.

  • Share/Bookmark

Belajar hingga selesai

Monday, September 7, 2009 17:11
Posted in category Usahawan

Saya tidak menulis di blog beberapa hari kebelakangan ini kerana sibuk dengan penganjuran program bagi persatuan saya di Universiti.Semalam berakhirla program tersebut dan tanggungjawab saya sebagai pengarah program.Apa yang yang ingin saya kongsikan ialah mengenai input daripada ceramah dalam program tersebut.Ini juga ada kaitan dengan Usahawan dan boleh dijadikan tip dalam menjadi seorang usahawan.Ramai daripada kita ingin menjadi seorang usahawan namun tidak mahu mempelajari ilmu keusahawanan sehingga selesai.Ini punca utama kegagalan seorang usahawan iaitu tidak menghabiskan sesuatu ilmu sehingga selesai  tetapi mendalami pula ilmu lain.Akhirnya semua yang dibuat tidak berjaya.Bagi memastikan kita berjaya dalam perniagaan yang dilakukan,ilmu mengenai bidang tersebut mestilah dipelajari sehingga selesai dan seterusnya mengaplikasikannya.Sekiranya kita berjaya barula berubah kepada ilmu yang lain.Sebagai contoh, blog generasi usahawan ini berjaya dihasilkan setelah membaca dan memahami langkah-langkah yang terdapat dalam e-book Pakej Kit Blogger daripada smartzul.Jadi setelah blog ini selesai barulah saya berubah kepada  ilmu yang lain iaitu Program Pay Per Lead(PPL) anjuran senior Usahawan internet Mohd Fazdlie a.k.a En Dlie dan Zamri Nanyan .Jadi tips usahawan hari ini ialah belajar sehingga selesai.

Salam Usahawan

p/s: Saya sedang mempraktikkan ilmu Program PPL dan berjaya mendapat 4 jualan walaupun baru bermula tidak sampai sehari.Jauh lagi perjalanan saya…Sekiranya anda berminat nak tau mengenai Program PPL klik disini dan e-book percuma ini akan memberikan anda panduan asas dan bagaimana melakukannya langkah demi langkah.Selamat mencuba.

  • Share/Bookmark

Generasi Usahawan

Sunday, September 6, 2009 4:20
Posted in category Usahawan

Saya terbaca artikel mengenai usahawan di Berita Harian Online ketika mencari maklumat mengenai usahawan.Artikel tersebut adalah mengenai generasi muda yang memilih bidang usahawan sebagai kerjaya dan juga pandangan Timbalan Ketua  Pengarah Mara,Datuk Othman Ahmad mengenai perkara tersebut.Beliau ada menggariskan kriteria yang perlu ada untuk menjadi Usahawan

1)Pemikiran yang betul mengenai usahawan

2)Ilmu pengetahuan

3)Emosional yang stabil

4)Spiritual@semangat yang tinggi

Kriteria yang disenaraikan perlu ada bagi setiap individu untuk berjaya dalam bidang keusahawanan.Jadi sekiranya anda belum lagi memenuhi kriteria yang diperlukan,berusahalah dari sekarang untuk melengkapkan diri menjadi seorang usahawan.

p/s: Artikel sebenar klik link dibawah.

Klik sini

  • Share/Bookmark

Perniagaan Konvensional

Wednesday, September 2, 2009 16:59
Posted in category Perniagaan

Minggu ini sudah masuk minggu kedua saya menulis di blog ini.Saya masih lagi terus membut pemerhatian mengenai dunia keusahawanan dan sedikit sebanyak memberikan saya idea untuk menulis.Sepanjang pemerhatian saya di forum dan juga search di google mengenai keusahawanan,rata-ratanya berkenaan perniagaan internet.Perniagaan internet semakin mendapat sambutan dan perhatian ramai berbanding perniagaan konvensional.Apakah perniagaan konvensional?Perniagaan konvensional adalah perniagaan yang melibatkan urusniaga secara bersemuka dengan pengguna.Perniagaan jenis ini memerlukan tempat operasi bagi menjalankan urusniaga antaranya kedai,pasar malam dan juga Ekspo.Perniagaan konvensional memerlukan komitmen yang tinggi kerana kebiasaannya tempoh masa perniagaan lebih lama bergantung pada pemilik perniagaan.

Contohnya pemilik perniagaan perlu membuka kedai seawal jam 8a.m sehingga 10.00p.m dan kadangkala berlarutan sehingga tengah malam bergantung kepada jenis peniagaan yang dijalankan.Kerja dalam bidang ini amat meletihkan kerana usahawan menggunakan tenaga fizikal dan mental dalam menguruskan perniagaan.Usahawan juga terpaksa menanggung kos operasi yang tinggi termasuklah gaji,sewa, dan kenderaan.Risiko perniagaan konvensional agak tinggi kerana kebiasaannya kos memulakan perniagaan sekitar RM4000 ke atas dan bergantung kepada jenis yang dipilih.Ini adalah latar belakang perniagaan konvensional dan apabila membaca artikel ini pastinya ramai yang akan berfikir panjang sebelum memilih perniagaan ini tetapi jangan terkejut jika saya katakan peniagaan ini mempunyai potensi pasaran yang luas dan keuntungan yang lumayan.

Kenapa saya katakan mempunyai pasaran yang luas?Ini kerana perniagaan ini boleh berkembang dari satu cawangan kepada beberapa cawangan.Ini secara tidak langsung akan mengurangkan kos operasi dan keuntungan akan meningkat.Contohnya saya mempunyai perniagaan makanan dan saya berniaga di pasar malam dengan dibantu oleh 3 pekerja.Keuntungan bersih saya sehari menjangkau RM200 dan dalam sebulan saya berniaga  25hari maka keuntungan saya Rm5000 sebulan.Itu hanya satu cawangan,katakan saya mempunyai 3 cawangan dengan keuntungan bersih yang sama.Berapakah keuntungan saya dalam sebulan?Lumayan bukan?Keuntungan saya mencecah puluhan ribu sebulan dan ini adalah realiti perniagaan konvensional apabila anda membuka cawangan.Kebanyakkan mereka yang berada dalam perniagaan konvensional ini bergelar jutawan senyap,ini pernah diceritakan oleh Dr Rusly didalam bukunya Menjejaki Jutawan Senyap.

Ini berdasarkan pengalaman saya bersama usahawan konvensional dan saya meminati perniagaan jenis ini kerana ia sebati dengan saya dan saya juga bercita-cita untuk membuka cawangan baru dimasa hadapan.Namun begitu untuk mencapai tahap tersebut anda perlulah membuat persediaan dari segi fizikal dan mental.Apapun minda usahawan adalah penting kerana jika tiada minda sebagai seorang usahawan perniagaan tidak akan berkembang.

p/s:Buku Menjejaki Jutawan Senyap perlu di baca oleh setiap individu yang ingin memilih perniagaan konvensional.Ini pendapat saya secara peribadi kerana ia dapat membantu anda.

  • Share/Bookmark

Ilmu Pengalaman

Tuesday, September 1, 2009 15:51
Posted in category Usahawan

Saya terfikir mengenai ilmu ketika membaca blog-blog perniagaan seperti Smartzul,Dr Irfan Khairi dan beberapa blog IM tempatan.Kesemua mereka mempunyai satu persamaan iaitu berkongsi pengalaman sepanjang menceburi bidang perniagaan.Bagi saya ini adalah ilmu pengalaman yang mana setiap individu mempunyai pengalaman yang berbeza antara satu sama lain dan ilmu ini tidak boleh dipelajari didalam buku-buku ilmiah kecuali sekiranya ilmu pengalaman ini dibukukan.Penulisan di blog juga merupakan medium untuk mengetahui ilmu pengalaman seseorang kerana ilmu akademik semata-mata tidak dapat membantu dalam kehidupan.Malah ilmu pengalaman ini lebih diakui hasilnya berbanding ilmu akademik.

Siapakah yang akan anda temui sekiranya anda mempunyai masalah pemasaran dalam perniagaan internet?

Smartzul seorang yang mempunyai pengalaman dalam bidang perniagaan internet atau saya yang mempunyai ijazah dalam bidang pemasaran?Jawapan anda..

Saya rasa sudah pasti smartzul menjadi pilihan anda bukan?Walaupun saya mempunyai ilmu akademik mengenai pemasaran tetapi keyakinan anda terhadap smartzul lebih tinggi kerana pengalamannya dalam pemasaran internet.Jadi adakah ilmu akademik ini tidak penting?Ilmu akademik dan ilmu pengalaman adalah saling berkait dan sama pentingnya kerana akademik dan pengalaman jika digabungkan akan lebih mendatangkan hasil yang lebih baik.

  • Share/Bookmark

Usahawan dan Peniaga

Tuesday, September 1, 2009 0:51
Posted in category Usahawan

Apa perkara pertama yang terlintas difikiran anda apabila membaca tajuk artikel diatas.?Tiada perbezaan?Inilah yang menjadi persoalan saya ketika diajukan soalan yang sama mengenai tajuk tersebut.Saya mengetahui mengenai perbezaannya apabila menghadiri satu ceramah keusahawanan sempena Konvensyen dan Karnival Keusahawanan IPT.Usahawan dan peniaga kedua-duanya menjalankan aktiviti yang sama tetapi berbeza daripada segi konsepnya.Ini tafsiran penceramah tersebut

Peniaga menjual barang sedia ada kepada pengguna akhir manakala usahawan mencipta barang @menginovasikan barang sedia ada sebelum dijual kepada pengguna akhir.Anda nampak pebezaannya?Contoh mudah mengenai perbezaannya:

Azmi membeli bantal kekabu dari pemborong dan menjualnya semula kepada pelanggannya

Azli membeli bantal kekabu daripada pemborong dan menjahit sarung bantal pelbagai corak untuk dijual bersama bantal kekabu kepada pelanggannya.

Itulah perbezaanya walaupun nampak seakan sama tetapi konsepnya berbeza.Usahawan sentiasa berfikir untuk menambahbaik barang sedia ada dan mencipta barang baru supaya perniagaannya boleh berkembang maju.Inilah yang dikatakan minda usahawan.

p/s:Renung dan fikir-fikirkan sama ada ingin menjadi peniaga atau usahawan.Usahawan adalah seorang peniaga tetapi peniaga belum tentu seorang usahawan.

  • Share/Bookmark

Minda Usahawan

Thursday, August 27, 2009 4:20
Posted in category Usahawan

Penulisan pertama saya di blog ini adalah mengenai Minda Usahawan yang menjadi pencetus lahirnya blog ini disamping usaha membudayakan keusahawanan dalam diri dan generasi seangkatan.Bidang Usahawan sering dijadikan bidang terakhir yang akan diceburi berbanding bidang Profesional yang lain dan ada juga yang menceburi bidang ini atas dasar “ikut-ikut” tanpa ada matlamat yang jelas arah tujunya.

Mungkin perkara ini terjadi kerana keusahawanan sering di gembar-gemburkan dengan pelbagai cerita “seram” yang membuatkan bidang ini digeruni oleh masyarakat umum terutama generasi baru.Cerita “seram” ini juga kadangkala disampaikan oleh golongan yang tidak pernah terlibat dengan bidang keusahawanan dan tidak memahami situasi yang sebenar.

Minda usahawan ini biasanya dimiliki oleh golongan yang berfikir diluar lingkungan kebiasaan dan hanya mampu difahami setelah dinterpretasikan ke alam nyata.Genting Highlands merupakan hasil minda seorang usahawan yang pada mulanya dianggap mustahil dan penah dilabel sesuatu yang tidak masuk akal (gila) namun apabila wujud di alam nyata barulah kebenarannya diakui.Minda Usahawan mampu membuatkan sesuatu “bayangan” menjadi kenyataan dan minda ini boleh dibentuk jika setiap “ramuannya” telah sebati dalam diri.

P/s:Membentuk minda usahawan akan jadi lebih mudah jika didedahkan dengan lebih awal kerana proses pembentukannya mengambil masa..Apa pendapat anda?Kongsikan supaya dapat bersama-sama membentuk Minda Usahawan ini.

  • Share/Bookmark