Nov 02

Ulasan Buku Terpilih

Posted by admin | Posted in Ulasan Buku Terpilih | Posted on 02-11-2009

Amalan MembacaSalam Usahawan,

Saya ingin menyampaikan satu berita baik kepada anda semua.Disebabkan minat saya membaca buku terutama bidang perniagaan,saya akan memberikan  ulasan beberapa buah buku yang ada dalam simpanan saya dan buku-buku yang ada dipasaran.Saya mempunyai beberapa buku yang pernah menjadi” Best Seller” di Malaysia seperti Menjejaki Jutawan Senyap,Rich Dad,Poor Dad dan Jutawan dari Planet Jupiter.Saya membuat ulasan ini bagi menambah lagi pengetahuan dan pemahaman saya terhadap isi kandungan buku tersebut dan secara tidak langsung berkongsi dengan anda.Selain buku-buku bercorak perniagaan saya juga akan cuba mendapatkan maklumat buku-buku keluaran terkini sebagai tambahan satu bentuk informasi di blog generasi usahawan.

Bagaimana pula untuk buku-buku yang lain?Anda boleh membuat permintaan jika anda ingin mengetahui mengenai buku-buku yang anda minat dan saya akan cuba mendapatkan maklumat bagi pihak anda.Anda juga mungkin boleh mendapatkan buku-buku tersebut terus di pintu rumah anda?Ya,ini bukan lagi sesuatu yang mustahil dengan kuasa internet.

Jadi jangan lupa singgah sebentar di blog ini untuk mendapatkan informasi terkini buku di pasaran dan nantikan ulasan “best Seller book” hanya di Blog Generasi Usahawan.

p/s:Saya juga telah mewujudkan kategori untuk Ulasan Buku Terpilih bagi kemudahan pembaca blog ini kelak.

Share/Save/Bookmark

Oct 31

Majalah Perniagaan-Usahawan Sukses

Posted by admin | Posted in Usahawan | Posted on 31-10-2009

Usahawan Sukses

Salam Usahawan,

Majalah apakah yang paling anda gemari?Hiburan,sukan,atau keluarga?Tahukah anda mengenai kewujudan majalah berkaitan Keusahawanan dan Perniagaan di Malaysia?Mungkin bagi yang biasa membeli majalah pernah ternampak majalah ini.Kali ini saya ingin berkongsi maklumat dengan anda mengenai satu majalah berkaitan keusahawan dan perniagaan sesuai dengan blog generasi usahawan ini.Majalah Usahawan Sukses keluaran Pustaka Wira merupakan sebuah majalah yang memaparkan formula kejayaan usahawan-usahawan yang berdaya maju dan berdaya saing di Malaysia.Ada juga artikel-artikel yang bermanfaat kepada pembaca terutama yang serius untuk menceburi bidang perniagaan antaranya mengenai percukaian,pembiayaan pinjaman,francais dan banyak lagi.

Majalah Usahawan ini juga merupakan rakan media kepada Institut Keusahawanan Negara(INSKEN),Tekun Nasional,SME Bank dan Malaysian Franchaise Association(MFA).Oleh itu,majalah ini sesuai dibaca oleh semua yang berminat atau berada dalam bidang perniagaan konvensional.Bagaimana pula majalah perniagaan online/perniagaan internet?

Saya akan kongsikan dengan anda mengenai majalah bagi perniagaan online/internet pula di post akan datang.Tunggu..

P/s: Saya telah membeli majalah success keluaran 62.Satu informasi penting untuk anda.Pameran Perdagangan Antarabangsa Malaysia (INTRADE) akan dianjurkan buat kali ke-3 pada 1o November hingga 12 November 2009 di Pusat Pameran dan Konvensyen (MATRADE).Dapatkan maklumat lanjut mengenai pameran ini dalam Usahawan Sukses.

Share/Save/Bookmark

Oct 29

Forum Terbaru Masa Kini (Kelab Malaysia-KM)

Posted by admin | Posted in Info semasa | Posted on 29-10-2009

Forum Kelab Malaysia

Salam usahawan,

Minggu lepas saya mendapat maklumat mengenai kewujudan satu lagi forum tempatan iaitu KelabMalaysia.com.Forum merupakan salah satu medium untuk berkongsi idea,pendapat,ilmu malah medan diskusi antara ahli yang aktif.Saya telah menyertai beberapa forum yang aktif antaranya Wang Cyber dan kewujudan forum KM ini juga secara tidak langsung menambahkan lagi medan ilmu untuk dijadikan rujukan.

Anda juga boleh menggunakan forum ini untuk mempromosikan produk dan blog anda,namun etika berforum perlulah dijaga untuk kebaikkan bersama.Anda hendaklah membaca peraturan berforum dan menggunakan button search sebelum membuka sesuatu thread bagi mengelakkan pengulangan thread.ok.Jumpa anda di sana.

http://www.kelabmalaysia.com/

Share/Save/Bookmark

Oct 26

Bajet 2010

Posted by admin | Posted in Info semasa | Posted on 26-10-2009

Salam Usahawan

Saya berkesempatan mendengar pembentangan Bajet 2010 oleh Perdana Menteri baru-baru ini di saluran Tv3 ketika bersama keluarga di rumah.Bajet kali ini bertumpukan kepada 3 strategi utama:

  1. Memacu Negara Ke Arah Ekonomi Berpendapatan Tinggi
  2. Memastikan Pembangunan Holistik dan Mapan
  3. Mengutamakan Kesejahteraan Rakyat

Blog generasi usahawan tertarik dengan usaha kerajaan untuk Memperkasakan Perusahaan Kecil dan Sederhana.Para usahawan mengharapkan dana yang diperuntukan itu dapat disalurkan kepada mereka dengan mudah dan teratur berbanding sebelum ini.Tempoh masa yang ditetapkan oleh kerajaan kepada institusi kewangan terhadap kelulusan pembiayaan Mikro dalam purata 6 hari dan tempoh pengeluaran selama 4 hari diharapkan dapat dikotakan agar tiada lagi rungutan dari usahawan PKS terhadap masalah modal dan bantuan.

Peruntukan Rm200 juta kepada Tabung Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) dan penstrukturan semula kaedah bayaran balik juga dapat dinikmati oleh semua usahawan dan tidak membebankan terutama usahawan kecil.Selain itu dana bernilai RM57 juta untuk pembelian ruang niaga,infrastruktur dan skim kilang bimbingan seharusnya dimanfaatkan oleh para usahawan untuk mengembangkan perniagaan dan bukan sekadar bekerja keras mendapatkan dana kemudian berhenti separuh jalan.

p/s:Pelbagai kemudahan dan bantuan telah diberikan,semoga lebih ramai lagi generasi muda menyertai dan mengambil peluang ini untuk menceburi bidang perniagaan dengan lebih serius kerana potensi dalam bidang ini amat cerah.

Share/Save/Bookmark

Oct 18

Pertandingan Buat Blog(Hadiah Lumayan)

Posted by admin | Posted in Info semasa | Posted on 18-10-2009

Hadiah Pertandingan Membuat Blog

salam usahawan,

Saya ingin berkongsi dengan anda maklumat terbaru yang saya perolehi semasa meyertai forum.Satu Pertandingan membuat blog telah dijalankan bermula 5 Oktober 2009 sehingga 5 januari 2010.Peraduan ini terbahagi kepada 4 kategori utama

  • Warganegara Umum Malaysia – Kategori ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia kecuali mereka yang teramsuk di dalam kategori-kategori Media Malaysia atau Remaja.
  • Remaja – Kategori ini terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur bawah 18 tahun pada 31 Disember 2009.
  • Media Malaysia – Kategori ini terbuka kepada semua kakitangan Syarikat-syarikat Media Malaysia yang berdaftar dengan Kerajaan Malaysia.
  • Antarabangsa – Kategori ini terbuka kepada individu bukan warganegara Malaysia.

Jadi kepada sesiapa yang berminat untuk mengasah bakat dalam berblogging boleh mencuba nasib.Selamat berjaya kepada semua peserta.

Maklumat lanjut

http://www.blog4ft.com/index.php

Share/Save/Bookmark

Oct 17

Rangkaian Usahawan

Posted by admin | Posted in Perniagaan Konvensional | Posted on 17-10-2009

Salam usahawan,

Minggu ini adalah minggu terakhir kuliah di Universiti dan minggu terakhir untuk mengantar semua tugasan yang diberikan.Jadi tidak hairanlah kalau ada dari rakan anda,adik beradik, atau sesiapa sahaja yang menuntut di universiti dalam mood busy.Topik usahawan masih lagi pokok perbincangan di blog generasi usahawan ini.Rangkaian usahawan terutama bumiputera melayu amat penting bagi mewujudkan satu komuniti yang dapat membantu antara satu sama lain dalam bidang perniagaan.Ini secara tidak langsung juga dapat mewujudkan persaingan yang sihat dalam perniagaan dan memupuk semangat keusahawanan.Baru-baru ini,saya membantu rakan saya menyiapkan tempahan 15000 cucuk sate di cheras.Ayah rakan saya itu menerima tempahan sate untuk majlis rumah terbuka dan oleh sebab terlalu banyak tempahan rakan saya dipanggil balik untuk membantu.Saya turut membantunya secara tidak langsung kerana kami mempunyai temujanji dengan orang penting pada keesokkan harinya.Sebenarnya jumlah sebenar tempahan adalah 25000 cucuk tetapi ayahnya telah membahagikan selebihnya kepada rakannya untuk membantu.Inilah yang dikatakan rangkaian usahawan dimana apabila suatu peluang yang besar dikongsikan bersama usahawan lain.Kata rakan saya,sebagai usahawan kita kena jaga nama baik dan perlu ada ‘link’ dengan usahawan lain.Ini kerana kadangkala kita tidak mampu memenuhi kehendak pelanggan, oleh itu usahawan dalam bidang yang sama dapat membantu supaya permintaan pelanggan dipenuhi.Nama baik dapat dijaga,rakan dapat ,untung pun dapat.Jadi pada pendapat saya,rangkaian usahawan ini wajar diwujudkan sesama usahawan bagi sama-sama berjaya dalam bidang perniagaan.Seperti pepatah melayu “berat sama dipikul,ringan sama dijinjing“.

Share/Save/Bookmark

Sep 28

Duit Raya RM15000

Posted by admin | Posted in Perniagaan Konvensional | Posted on 28-09-2009

Salam usahawan,

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada semua yang beragama islam.Umat islam masih lagi berada dalam mood raya dan ade juga yang sudah mula berpuasa sunat enam hari seperti yang diajarkan oleh Nabi s.a.w.Sebelum bercuti saya ada menulis mengenai usahawan raya mengenai individu dan sekumpulan orang yang menjana pendapatan ketika orang lain sibuk dengan persiapan raya.Baru-baru ini saya bertemu rakan baik saya dan sempat berbual mengenai sambutan hari raya pada tahun ini.Kawan saya ini berasal dari keluarga usahawan juga dan banyak juga berkongsi pendapat dan pandangan mengenai usahawan.Salah satu cerita menarik ialah usahawan kuih raya menjana pendapatan Rm15000 dalam tempoh tak sampai sebulan.Kejayaan saudaranya menjana pendapatan yang lumayan itu membuktikan bidang perniagaan ini merupakan bidang berpotensi besar dan mempunyai masa depan yang cerah.Mesti ramai yang berfikir bagaimana dengan jual kuih raya sahaja mampu menjana untung yang lumayan dalam masa singkat?

Cuba lihat kiraan mudah ini:

Satu balang Kuih raya=RM20

untung bersih=RM5 sebalang

30000 balang=rm5 x 30000

=Rm15oooo

Sekiranya 30,000 balang berjaya dijual dalam masa sebulan maka tidak mustahil untuk menjana pendapatan setinggi itu.Sebenarnya mungkin agak mustahil menjual 30,000 balang jika dilihat secara kasar tetapi cuba kita lihat dengan perspektif yang berbeza.

1bulan@20 hari =30 k

sehari@10jenis=150o balang

1 kuih=150 balang

Sekiranya anda menjual 150 balang bagi setiap 10 jenis kuih dalam sehari anda pasti dapat menjana pendapatan Rm15k sebulan.Anda perlulah memasang strategi yang betul dan berkesan bagi berjaya membuat jualan yang diharapkan.Antara startegi yang boleh dibuat

1)Pasarkan di beberapa lokasi yang berpotensi

2)Kurangkankan harga kos maka keuntungan anda meningkat

3)Pastikan kuih anda berkualiti dan sememangnya sedap (penting utk jangka masa panjang)

4)Pelbagaikan aneka pilihan dan jenis kuih yang sering mendapat permintaan(buat survey dahulu)

5)Penetapan harga juga penting(kuih sedap,harga murah pastinya lebih mudah dijual)

6)Bermula dari kecil.Jangan tamak dan terus menjual dalam kuantiti yang banyak pada permulaan.

Kesimpulannya sebelum menceburi apa jua perniagaan tanamkan minda usahawan dalam diri agar anda dapat terus dan tetap tekun dan sabar menghadapi dugaan dunia perniagaan.

p/s:Bercadang juga nak jual kuih tahun depan..insyaallah.

Share/Save/Bookmark

Sep 18

Usahawan Raya

Posted by admin | Posted in Perniagaan Konvensional | Posted on 18-09-2009

Hari Raya sudah semakin hampir dan ramai daripada rakan-rakan seangkatan telah pulang ke kampung halaman masing-masing.Saya juga akan pulang ke rumah tetapi sebelum bercuti saya sempat mencari informasi-informasi berkaitan usahawan.Tajuk artikel kali ini berkaitan dengan raya tetapi masih fokus kepada usahawan.Apabila menjelang pertengahan bulan puasa malah seawal puasa mula muncul golongan usahawan yang kembali aktif  setelah menghilangkan diri dalam tempoh yang lama.Usahawan ini adalah tergolong dalam usahawan bermusim dan aktiviti perniagaan menjurus ke arah persiapan raya antaranya usahawan lemang dan rendang,kerepek dan kuih raya,tukang jahit, dan usahawan mercun (salah disisi udang-undang).Kehadiran mereka ini sebenarnya amat ditunggu-tunggu oleh pelanggan kerana penawaran barang dan perkhidmatan tersebut memenuhi keperluan dan kehendak mereka .Usahawan raya ini mampu mencatat hasil pulangan yang tinggi walaupun mereka bukan usahawan sepenuh masa namun ia bukanla semudah yang disangka.Usahawan lemang contohnya telah mula membuat persiapan awal seperti mencari buluh,pemilihan tempat dan peralatan memasak sebelum memulakan perniagaan.Mereka juga sebenarnya juga memiliki pengalaman dalam perniagaan yang dijalankan walaupun muncul setahun atau 2 tahun sekali.Malah ada juga diantara mereka ini telah mempunyai pelanggan tetap setiap tahun kerana kualiti barang dan perkhidmatan yang dibekalkan.Kesimpulannya sekiranya minda usahawan telah ada dalam diri lewat@lambat untuk bermula bukanlah persolan penting tetapi permulaan untuk memulakan langkah yang menjadi keutamaan.

p/s:Terapkan Minda Usahawan dalam diri agar langkah pertama boleh diambil secepat mungkin.salam usahawan.

Selamat Hari Raya dan maaf zahir batin.

Share/Save/Bookmark

Sep 12

Blog dan Usahawan

Posted by admin | Posted in Blog | Posted on 12-09-2009

Perkembangan blog menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan hari demi hari disebabkan fungsinya yang pelbagai.Blog merupakan satu medium untuk individu atau pihak tertentu untuk berkongsi maklumat dengan orang lain.Secara umumnya blog ini boleh terbahagi kepada dua
a)Blog Personal
b)Blog perniagaan

Blog personal melibatkan perkongsian pendapat,pandangan dan juga pengalaman seseorang kepada umum.Tiada topik khusus dibincangkan dalam blog ini dan ia secara tidak langsung membina jaringan perhubungan diantara blogger-bloger sedia ada.

Blog perniagaan pula sudah semestinya blog yang melibatkan perniagaan sama ada penjualan produk atau perkongsian tips-tips berkaitan perniagaan dan bertujuan menghasilkan pendapatan.Ini secara ringkas jenis blog yang wujud sama ada berbahasa Malaysia atau berbahasa Inggeris.

Apa kaitannya blog dan usahawan?Kini semakin ramai usahawan menggunakan blog sebagai medium pemasaran produk sama ada berbentuk informasi atau produk fizikal.Penggunaan blog bagi usahawan pada zaman IT ini amat perlu bagi menghadapi persaingan agar tidak ketinggalan dan bergerak kehadapan seiring dengan perkembangan semasa.Jadi sekiranya anda masih belum mempunyai blog untuk perniagaan anda,bertindaklah sekarang untuk memastikan anda tidak ketinggalan dan bergerak selangkah kehadapan dalam bidang perniagaan dan keusahawanan.Tips usahawan kali ini bina blog untuk kembangkan perniagaan anda.

p/s:Pakej Kit Blogger sesuai untuk anda yang ingin memulakan langkah membina blog.Dapatkan panduan blog di ruangan kanan.

Share/Save/Bookmark

Sep 08

Program Pay Per Lead

Posted by admin | Posted in Perniagaan Internet | Posted on 08-09-2009

Saya ingin berkongsi maklumat dan panduan ini dengan anda semua agar kita sama-sama boleh berjaya.Baru-baru ini satu panduan buat duit melalui Program PPL telah dilancarkan oleh saudara Mohd Fadzli a.k.a En.Dlie.Panduan yang diberikan secara percuma ini memberikan penerangan dengan cara yang mudah difahami mengenai program PPL.Secara ringkasnya,Program Pay Per Lead(PPL) ini merupakan salah satu cara untuk menjana pendapatan melalui internet tanpa modal.Mungkin masih ramai lagi yang tidak mengetahui dan mempercayai program ini kerana beranggapan ianya salah satu penipuan internet.Jadi dengan adanya panduan asas ini dapatlah membantu anda memahami bagaimana program ini berfungsi dan apakah tujuan sebenar program PPL ini.Klik sini untuk mendapatkan maklumat lanjut program PPL.

Share/Save/Bookmark