Kursus Masakan Bersama Jutawan Senyap 2010
Tuesday, January 26, 2010 15:17
Salam usahawan,
Berita baik yang ingin saya sampaikan adalah mengenai KursusĀ Masakan yang dianjurkan oleh Institut Teknologi Kulinari Anjung Utara (ITKAU).Institut ini diasaskan oleh Dato’ Dr. Hj Rusly Abdullah yang juga merupakan penulis buku Menjejaki Jutawan senyap(Bestseller),Petunjuk Jalan Kekayaan dan beberapa buku lain bercorak motivasi keusahawanan.Kursus Masakan tersebut akan diadakan di JB,Ipoh,Pulau Pinang,Negeri sembilan,Kelantan dan juga Shah Alam yang akan bermula pada bulan februari ini.
Pelbagai modul disediakan antara Nasi Lemak 25 lauk,Masakan Thai dan China,Frozen Food,Aneka Mie dan Char Kue Teow dan banyak lagi yang tidak mampu untuk ditulis semuanya disini.Tenaga pengajar bagi kursus ini termasuk Dato’ Rusly(Chef Li),Chef Fadzelah,Chef Akmal,Chef Afiq dan Chef Dhaniah yang sememangnya orang yang arif di medan masakan.
Yuran bagi setiap modul ialah Rm250 sahaja dan bagi setiap bekas peserta,OKU@Asnaf akan mendapat 10% diskaun.Kursus ini akan dijalankan dalam 2 sesi iaitu pagi (10a.m-3p.m) @ petang (4p.m-8p.m) dan bagi yang berminat boleh hubungi penganjur di talian 05-4541205/05-4542761@ SMS 019-5158910/013-5110039.
p/s:Maklumat ini saya perolehi di Utusan Malaysia 25 Januari 2010,m/s 18 Ruangan luar negara.Jadi sila rujuk dengan pihak penganjur untuk maklumat lanjut kerana saya sekadar berkongsi info.Jangan lepaskan peluang anda untuk mempelajari pelbagai modul masakan yang ditawarkan.Siapa tahu anda akan menjadi pengusaha restoren kelak..

zairi faiezil says:
January 28th, 2010 at 11:56 am
Salam Motivasi..
Memang tidak dinafikan kursus masakan yang dianjurkan oleh itkau mempunyai teknik masakan yang tersendiri. Saya berkata begini kerana saya pernah menghadiri kursus berkenan. Memang saya rekemen kursus masakan di ITKAU..
Tq..
admin says:
January 29th, 2010 at 12:34 pm
Salam usahawan..terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini.Tahniah juga kerana sudah menyertai kursus masakan tersebut.Jadi tidak lama lagi akan muncullah usahawan katering yang berjaya… zairi?..All the best for you.
azlan says:
January 29th, 2010 at 6:04 pm
wah kursus masakan…em..saya xpandai masak…
sekali dengan kursus makan ker??… hehehe
salam satu malaysia
admin says:
February 2nd, 2010 at 6:22 pm
tak pandai memasak boleh lah hadir kursus chef li..dah pandai masak bolehla makan selalu.hee
norrizan says:
March 15th, 2010 at 12:08 am
Che LI,
Saya dan beberapa orang kawan saya ingin untuk menghadiri kursus frozen food diITKAU.Saya ingin tahu bilakah tarikh kursus frozen food akan diadakan lagi.Kalau boleh saya ingin tahu maklumat mengenai kursus ini ,bayaran dan jadualnya sekali.
Terima kasih
Norrizan
melor says:
March 19th, 2010 at 1:19 am
assalamualaikun… dulu nah masuk kursus keropok lekor ngan chef Akmal.. alhamdulillah kopok lekor jadi.. skang nak cari kursus untuk nasi ayam lak.. agak2nye bila ek
apai JBorang says:
May 12th, 2010 at 7:20 pm
boleh bagi diskaun lebih skt. saya orang kerjaan duit pun cukup2 mkn aje,niat hati nak busnes skt boleh dato chef li bantu saya,apa yg bleh saya jual dan ceburi,
liza says:
June 12th, 2010 at 5:20 pm
sya tinggal dikuala krai kelantan.,nak tanya bila kursus akan diadakan dikelantan
Hj Mohd Azli says:
July 12th, 2010 at 5:15 pm
Sila beri tarikh Kursus Memproses Rempah tahun 2010 sama ada di Kota Bharu atau di Kuala Lumpur.
khairul says:
July 12th, 2010 at 8:30 pm
salam usahawan
Untuk maklumat lanjut mengenai kursus masakan boleh merujuk terus kepada ITKAU.Saya tidak terlibat secara langsung terhadap sebarang penganjuran kursus anjuran ITKAU.Saya hanyalah berkongsi maklumat yang diperolehi untuk pembaca blog ini.
Setahu saya laman web itkau sedang diselenggara.Tuan boleh cuba kemudian selepas ia selesai diselenggara.tq