Bajet 2010

Monday, October 26, 2009 22:40
Posted in category Info semasa

Salam Usahawan

Saya berkesempatan mendengar pembentangan Bajet 2010 oleh Perdana Menteri baru-baru ini di saluran Tv3 ketika bersama keluarga di rumah.Bajet kali ini bertumpukan kepada 3 strategi utama:

  1. Memacu Negara Ke Arah Ekonomi Berpendapatan Tinggi
  2. Memastikan Pembangunan Holistik dan Mapan
  3. Mengutamakan Kesejahteraan Rakyat

Blog generasi usahawan tertarik dengan usaha kerajaan untuk Memperkasakan Perusahaan Kecil dan Sederhana.Para usahawan mengharapkan dana yang diperuntukan itu dapat disalurkan kepada mereka dengan mudah dan teratur berbanding sebelum ini.Tempoh masa yang ditetapkan oleh kerajaan kepada institusi kewangan terhadap kelulusan pembiayaan Mikro dalam purata 6 hari dan tempoh pengeluaran selama 4 hari diharapkan dapat dikotakan agar tiada lagi rungutan dari usahawan PKS terhadap masalah modal dan bantuan.

Peruntukan Rm200 juta kepada Tabung Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) dan penstrukturan semula kaedah bayaran balik juga dapat dinikmati oleh semua usahawan dan tidak membebankan terutama usahawan kecil.Selain itu dana bernilai RM57 juta untuk pembelian ruang niaga,infrastruktur dan skim kilang bimbingan seharusnya dimanfaatkan oleh para usahawan untuk mengembangkan perniagaan dan bukan sekadar bekerja keras mendapatkan dana kemudian berhenti separuh jalan.

p/s:Pelbagai kemudahan dan bantuan telah diberikan,semoga lebih ramai lagi generasi muda menyertai dan mengambil peluang ini untuk menceburi bidang perniagaan dengan lebih serius kerana potensi dalam bidang ini amat cerah.

Related Posts with Thumbnails
  • Share/Bookmark
You can leave a response, or trackback from your own site.

4 Responses to “Bajet 2010”

  1. Hisham says:

    October 29th, 2009 at 1:54 pm

    Salam En. Hairul..

    Perniagaan memang menguntungkan jika kena caranya
    Semoga kejayaan sentiasa mengiringi anda dan juga para usahawan internet yang baru berjinak-jinak dengan dunia bisnes maya. Kepada IM yg berjaya semoga sentiasa memberi tunjuk ajar.

    Salam Usahawan

  2. admin says:

    October 29th, 2009 at 6:14 pm

    terima kasih sokongan saudara dan diharapkan sudi berkongsi pengalaman dengan IM yang baru untuk sama-sama merasai kejayaan.

  3. titan says:

    November 7th, 2009 at 7:44 am

    Tekun? Hemm..

  4. admin says:

    November 7th, 2009 at 4:28 pm

    Tekun ini ini merupakan institusi ynag diwujudkan untuk membantu para peniaga kecil bumiputera untuk mendapatkan pembiayaan modal untuk memulakan perniagaan atau memajukan perniagaan.Ada beberapa tahap pembiayaan dalam tekun ini.Berminat boleh dapatkan maklmat lanjut di http://www.tekun.gov.my

Leave a Reply