Pengasas Blog

Nama sebenar Khairul Razmi B. Mohd Razlan.Asal Kelahiran di negeri Perak yang terkenal dengan biji timah suatu ketika dahulu.Selama 17 tahun beliau menetap di Ipoh sebelum berhijrah ke Selangor pada tahun 2005.Penghijrahan tersebut adalah sesuatu yang tidak pernah terlintas di fikiran namun takdir telah tersurat selangor merupakan tempat permulaan kehidupan beliau sebagai usahawan.Pancaroba dan liku-liku kehidupan sebagai anak seorang pekerja rendah awam dan usahawan sedikit sebanyak membuka minda beliau mengenai bidang keusahawanan dan akhirnya mempengaruhi beliau untuk menceburi bidang perniagaan secara serius.
Bermula dengan membantu keluarga berniaga secara kecil-kecilan dan kemudian mendapat tawaran melanjutkan pengajian di salah sebuah IPTA dalam bidang Perniagaan (Pemasaran).Sejak itu beliau sering terlibat dengan aktiviti keusahawanan di peringkat Universiti dan mula mencari alternatif lain memahami mengenai perniagaan dan keusahawanan.
Oleh itu wujudlah blog Bicara Usahawan ini sebagai medium perkongsian pendapat dan pengalaman dalam perjalanan menuju destinasi sebagai seorang usahawan yang berjaya kelak.Insyaallah.
Beliau selalu menggunakan nama hairulbiz@kr.group di forum berkaitan keusahawanan dan perniagaan.Kini aktif pula mencari peluang-peluang baru melalui perniagaan internet dan dalam masa yang sama mengasaskan syarikat yang beroperasi dalam bidang Pengeluaran dan Pengedaran Makanan Halal.
