Ilusi Menjadi Realiti..Usahawan Hamper
Wednesday, July 28, 2010 13:51Salam Muhibah,
Artikel kali ini,saya ingin berkongsikan kepada anda mengenai kejayaan seorang lagi usahawan tempatan dalam perniagaan yang diceburinya.Mungkin ramai yang tertarik dan terpegun tatkala memandang keunikan hantaran atau hamper dalam majlis raja sehari dan majlis-majlis korporat yang dihadiri.Namun tidak ramai yang mengetahui,kisah pengusaha hamper itu sendiri yang pastinya tersenyum melihat produknya mendapat sambutan baik daripada pelanggannya.
Inilah kisah Usahawan Hamper yang bermula dengan perniagaan kuih dan barangan hantaran majlis sehari tetapi kini telah mengorak langkah menjadikan Gubahan Hamper untuk tujuan komersial.Pn Norma Abdullah telah menjalankan perniagaan hamper lebih daripada 5 tahun dan kini produknya telah menjangkau lebih daripada 3 buah negara antaranya China dan Indonesia.
Gubahan Hamper yang baik bukan sahaja mementingkan mengenai kotak atau bungkusan sahaja tetapi merangkumi beberapa elemen lain antaranya susunan barang,teknik bungkusan,pemilihan barang yang sesuai dan juga kualiti barang yang digunakan.Kajian mengenai pasaran juga dapat membantu pengusaha hamper untuk meningkatkan mutu produk dan seterusnya mengekalkan pelanggan sedia ada.
Pn Norma juga turut mengadakan kelas untuk pelanggan yang berminat mempelajari gubahan hamper dan proses pembuatan biskut.Beliau menggunakan internet sebagai medium untuk memasarkan produknya ke pasaran yang lebih luas bukan sahaja tempatan malah secara global.
Anda yang berminat dengan gubahan hamper atau ingin maklumat lanjut boleh layari website beliau di www.giftdelinur.com.
p.s: Kisah Pn,norma juga terpapar di dada akhbar harian metro bertarik 27/7/10 dan untuk bacaan lanjut mengenai kisah beliau boleh layari Metro Online.Tahukah anda,beliau juga menggunakan Niagakit untuk mempromosikn produk.Apakah niagakit?Saya akan Cerita nanti..
p.s: Sekiranya anda menjalankan perniagaan online,salah satu benda penting yang harus anda tahu ialah PAYPAL.Penggunaan Paypal dalam perniagaan membantu mengembangkan pasaran anda bukan sahaja tempatan tetapi global.Dapatkan Panduan Asas Paypal di sini








Salam Usahawan,
